Saturday 18 January 2014

RAWATAN SELEPAS BERSALIN DAN PENJAGAAN DALAM PANTANG

 MALAY CONFINEMENT KAK INA  menyediakan perkhidmatan Rawatan Bersalin dan Penjagaan Ibu dan Bayi ketika pantang yang akan dilakukan oleh KAK INA yang terlatih, berkepakaran dan berkemahiran mengurut turun temurun.
KAK INA bukan sahaja menjaga ibu bersalin & bayi , turut juga menjalankan rawatan seperti Urut Bersalin, Tungku, membantu mengikatkan Kain Bengkung, memakaikan tapel, param dan pilis, menyediakan Mandian Herba ibu Bersalin, Berlulur serta menyediakan Masakan Pantang dan Minuman Herba bagi ibu bersalin tidak jauh bezanya dari Bidan kampung tradisional dahulu.
Rawatan lain yang akan dijalankan bergantung pada tahap kesihatan dan pemulihan ibu bersalin iaitu Tangas Basah atau Tangas Kering, Urutan Bengkak Susu, Tuam dll.
KAK INA juga akan memandikan dan Urut Bayi. Bayi akan di tuam bagi mengelak dari kembung perut, mendapat kolik, angin pasang dan juga untuk meredakan bengkak akibat suntikan. Bayi yang mendapat sakit kuning akan dimandikan dengan herba dan di jemur di mentari pagi.
KAK INA sentiasa memberi perhatian terhadap keluhan ibu bersalin yang mempunyai masalah perubahan pada badannya. Lazimnya, ibu bersalin berasa sedih kerana perut masih besar selepas melahirkan, kulit perut yang kendur dan menggelebeh, mengalami bengkak susu atau tiada air susu, infeksi keputihan dan kegatalan, buasir, sembap kaki, urat timbul, lelehan pada faraj, kemasukkan angin dan bermacam-macam masalah lain. Tidak lari juga ada ibu bersalin yang mendapat bentan urat pada waktu tengah malam, ada juga yang mengalami meroyan, sering menangis atau menjerit dan tidak mampu menjaga bayinya.
Tanggungjawab atau tugas seorang Penjaga Pantang Ibu Bersalin bukan sekadar mengurut malah merawat masalah lain seperti yang di sebut di atas dan juga melayan perasaan emosi ibu bersalin. Boleh dikatakan KAK INA memainkan peranan seorang ibu.
Sekiranya penjagaan ketika pantang diabaikan, kesannya mungkin tidak berlaku dengan serta merta tetapi pada hakikatnya ia akan berlaku pada kelahiran yang seterusnya atau pada usia yang mula meningkat. Waktu itu mulalah badan terasa lenguh, sakit urat, sendi, pinggang dan kebas kaki tangan.
Justeru, dengan bantuan KAK INA, dapat mengurangkan beban Ibu Bersalin. Malah, Ibu Bersalin akan dapat berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman berpantang yang akan memudahkannya di masa akan datang.

 PAKEJ FLEXI (9 pagi- 1 petang)

Penjagaan Ibu dan Anak

3 HARI……………….RM 600.00
5 HARI……………….RM 1,000.00
7 HARI……………….RM 1,400.00
14 HARI……………...RM2,800.00
21 HARI……………...RM4,200.00
28 HARI……………...RM5,600.00 

Perkhidmatan yang di sediakan:

Rawatan untuk Ibu

Mandian Herba
Tungku
Urut
Tangas Basah ( pakej14 hari keatas)
Tangas Kering (pakej 14 hari keatas)
Scrub(lulur badan)
Barut,Param dan Pilis
Masakan makanan pantang
Menyediakan minuman Herba



Rawatan untuk bayi

Mandi Bayi
Urut bayi
Scrub
Tuam dan Penjagaan Pusat
Teknik Penyusuan yang betul


* Bahan-bahan rawatan berpantang seperti Minyak Urutan,  Herba-herba, param, pilis, alat bertungku, alat bertangas  akan di bawa oleh kak ina dan telah termasuk dalam harga pakej diatas.  



PAKEJ PREMIUM (9pagi - 11.30tghari )

Penjagaan Ibu sahaja

3 HARI.......................RM450.00
5 HARI.......................RM750

7 HARI.......................RM1050.00

14 HARI.....................RM2100.00

21 HARI.....................RM3150.00




Pakej ni hanya untuk ibu sahaja, perkhidmatan yang di sediakan;

*Mandian herba(serum)
*Bertungku seluruh badan
*Urutan perbidanan
*Berbarut
*Param dan pilis
*rempah masakan dalam pantang


* Bahan-bahan rawatan berpantang seperti Minyak Urutan,  Herba-herba, param, pilis, alat bertungku, alat bertangas  akan di bawa oleh kak ina dan telah termasuk dalam harga pakej diatas


*Bahan masakan seperti ikan,sayur serta rempah ratus masakan disediakan oleh tuan rumah. 

PAKEJ RAWATAN PENUTUP PANTANG:

3 hari Rm 750.00

Rawatan yang di sediakan:
Lulur Badan
Mandi Aura ( mandi bunga,mandi herba dan mandi limau)
Urutan Teraputik
Sengkak(naikan peranakan)
Asak
Tangas basah,tangas kering,tangas berasap
Pelepas
Rawatan disempurnakan oleh Kak Ina yang sangat berpengalaman. Kak Ina akan menyediakan semua bahan rawatan dan herba2.
Pelangan hanya di minta menyediakan kain batik.

Kak Ina akan datang sendiri ke rumah pelangan

Nota penting:
Rawatan penutup berpantang penting bagi ibu untuk menyucikan diri daripada darah kotor,  dan membersihkan diri zahir dan batin. Urutan therapeutic bertujuan untuk memulih dan menyegarkan tubuh ibu agar ibu bersedia dan yakin memulakan hubungan kelamin setelah lama berpantang. Mandian bunga khas untuk ibu mengembalikan aura seri muka dan menaikkan seri wajah  bagi menyerlahkan keyakinan ibu


NOTA PENTING:
Perhatian kak ina bukanlah pembantu rumah. Kak ina hanya akan menjalankan tugas menjaga ibu berpantang dan bayi, memastikan ibu dan bayi dalam keadaan selesa serta melakukan tugas sebagai pengamal perbidanan untuk memulih ibu.


· Bahan untuk masakan ibu berpantang  (cth: ikan, daging,rempah ratus masakan)  akan disediakan lebih awal oleh tuan rumah.

    
·  Harga di atas tertakluk di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Jika diluar kawasan, kos pengangkutan akan ditanggung oleh pelanggan .
·                      


 HUBUNGI K.INA:
   
     0196665216
 Email: inaurut68@gmail.com
Facebook:Bariah Hamid
Instagram:BARIAH _HAMID

sebarang pertanyaan yang lebih lanjut  sila hubungi  k.ina.