Monday 3 October 2016

Amalan Semasa berpantang.

Mengikut tradisi masyarakat melayu tempoh berpantang memakan masa 44 hari dan ada juga yang sampai 100 hari, dalam masa berpantang banyak perkara perlu  dilakukan untuk pemulihan sistem tubuh badan dan sistem pemprosesan organ peranakan antaranya :

*  Minuman herba
*  Mandian tradisional akar kayu( serum)
*  Bertangas/bertungku
*  Urutan lepas bersalin
*  Berbekung.
*  Pilis
* Param


1  Kebaikan Mandian Herba

* Dapat mengembalikan kesegaran tubuh dan urat saraf
* Mengurangkan berat badan
* Membuang toksin
* Mengecutkan peranakan
* Mewangikan tubuh dari hanyir. 



Kebaikan Bertungku

 * Mengecutkan rahim
* Memecahkan lemak
* Melancarkan peredaran darah
* Mengelak suhu badan dari turun
* Menghalang pembentukan angin dalam tubuh



Kebaikan Urutan Selepas Bersalin.


 * melancarkan perjalanan darah
* mengeluarkan darah (lokia)yang terperangkap dan    tertakung;
* menaikkan rahim
* membetulkan urat tegang, terputus atau yang terkeluar dari tempatnya;
* memecahkan lemak;
* mengetat dan membentuk tubuh;
* mempercepatkan proses pemulihan keseluruhan selepas kerja keras melahirkan anak.
* urutan selepas bersalin juga mampu memulihkan payudara disamping melancarkan susu ibu.




 Kebaikan Berbekung
* Mengekalkan bentuk badan
* Mengelak dari perut menjadi buncit
* Mengekalkan suhu badan
* Mencantikan kulit perut yang telah kelihatan kendur akibat dari hamil




Kebaikan Pilis dan  
Pilis ialah campuran herba yang diproses dan disapukan didahi
* Mengelak dari mengalami terasa pening akibat dari kehilangan darah ketika bersalin.
* Mengelak berlakunya rabun
* Dipercayai dapat menghindar dari meroyan.
* Dapat menenangkan emosi yang bercelaru kesan dari kelahiran



Berurut Ketika Hamil Boleh Jejaskan Janin

SAYA berusia 32 tahun dan kini mempunyai seorang cahaya mata berusia dua setengah tahun. Baru-baru ini saya mendapatkan perkhidmatan urut daripada seorang wanita. Masalahnya, ketika wanita itu mengurut saya, saya tidak tahu yang saya hamil dua bulan.
 
Apakah ia berbahaya untuk janin di dalam rahim saya? Buat pengetahuan doktor, tukang urut itu turut mengurut peranakan saya dan ini yang merisaukan fikiran saya sekarang.
 
Harap mendapat penjelasan doktor.
 
Ibu muda - Selangor.
 

JAWAPAN:
 
SAIZ rahim yang normal dan tidak hamil adalah berbentuk macam buah pear berukuran sembilan sentimeter panjang dan enam sentimeter lebar. Rahim terletak dalam kerangka pelvis dan tidak dapat dirasai apabila bahagian luaran perut diperiksa. 
 
Rahim disokong oleh ligamen untuk menetapkannya di dalam kerangka pelvis. Apabila sokongan ini kendur seperti selepas menopaus, kadangkala kedudukan rahim menurun ke bawah iaitu rahim terletak di dalam faraj dan ada kemungkinan terkeluar daripada faraj .
 
Keadaan ini dikenali sebagai prolaps iaitu pemindahan sesuatu organ atau sebahagiannya daripada kedudukan yang normal ke arah bawah.
 
Rahim hanya dapat dirasai melalui pemeriksaan atas perut apabila ia membesar (seperti hamil atau ada ketumbuhan seperti fibroid) melebihi saiz tiga bulan mengandung. 
 
Keadaan ini berlaku kerana rahim sebesar tiga bulan mengandung akan membesar keluar daripada kerangka pelvis dan bersandar di belakang bahagian tulang simpasis pubis.
 
Jika dilakukan dengan kuat, mengurut perut boleh membahayakan organ yang ada di dalam perut seperti usus. 
 
Usus boleh luka (lebam) akibat tekanan yang kuat ketika mengurut. Begitu juga bagi ibu yang hamil, mengurut perut, terutamanya jika dilakukan dengan kuat boleh menjejaskan kesihatan janin.
 
Mengurut boleh menyebabkan "abruptio placentae" – satu keadaan apabila uri terpisah daripada dinding rahim sebelum kelahiran bayi. 
 
Keadaan ini boleh menyebabkan penyaluran oksigen dan makanan kepada janin terjejas.
 
Bagi keadaan puan, kemungkinan janin terjejas adalah kecil kerana saiz rahim belum begitu besar (dua bulan hamil) untuk dirasai ketika mengurut. Rahim pada usia sebegitu masih lagi berada di dalam kerangka pelvis.
 
Mengurut perut ketika hamil selalunya dilakukan oleh sesetengah wanita terutamanya jika kedudukan bayi itu tidak normal seperti bayi songsang atau merasakan bayi rendah ke bawah.
 
Bagi kedudukan songsang, mengurut perut untuk membetulkan kedudukan bayi tidak diperlukan terutamanya pada awal kandungan iaitu sebelum masuk sembilan bulan (minggu ke-36). 
 
Bayi lazimnya berkedudukan songsang pada awal kehamilan hinggalah berumur 34 minggu. 
 
Selepas itu, kajian menunjukkan hanya tiga hingga empat peratus bayi saja yang masih berkedudukan songsang pada 38-40 minggu. 
 
Kebanyakan bayi songsang akan berpusing menjadi normal dengan sendirinya tanpa perlu pertolongan luar untuk membetulkan kedudukannya.
 
Sumber
Risiko Berurut Ketika Hamil

Tanggungjawab Suami Ketika Isteri Mengandung


Tanggungjawab suami ketika isteri mengandung amat penting untuk memastikan anak mendapat haknya. Suami mempunyai tanggungjawab memastikan isterinya diberi perhatian dan kasih sayang. Apabila dalam tempoh kehamilan, emosi isteri mudah terganggu. Emosi yang terganggu akan memberi kesan kepada bayi yang dikandung. Oleh kerana itu, suami haruslah menjaga isterinya yang sedang hamil dalam keadaan baik, sihat dan stabil emosinya. 


Suami boleh membantu melakukan perkara-perkara di bawah: 
  • Sentiasa memberi dorongan kepada isteri yang menghadapi kesulitan ketika hamil. Berikan kata-kata semangat dan ucapan manis yang mampu memberi kekuatan dan ketenangan kepada isteri. Ada kala dengan ucapan begini, kesusahan yang dialami isteri mampu diatasi. 
  • Suami terlibat bersama aktiviti ketika isteri hamil, menghantar dan bersama ketika pemeriksaan bulanan bersama doktor. Mengambil tahu perkembangan janin dan masalah yang mungkin dihadapi isteri 
  • Menjauhkan perkara atau melakukan perkara yang memberi kesan negatif kepada si isteri seperti menyakitkan hatinya 
  • Menyediakan makanan yang berkhasiat dan sesuai dengan isteri. Selera wanita hamil ada kala berubah dan menghadapi masalah. Boleh minta isteri amal makan kurma kerana mempunyai banyak khasiat seperti menguatkan rahim dan memudahkan bersalin. 
  • Jangan membebankan isteri dengan sesuatu yang tidak mampu dilakukan kerana kehamilannya. Sebaiknya suami tidak menuntut haknya untuk bersetubuh kerana keadaan isteri yang lemah, mabuk, loya dan muntah ketika usia kandungan belum empat bulan. 
  • Suami hendaklah bersabar dan tabah dengan kerenah isteri terutama ketika isteri menghadapi masalah mabuk dan tekanan emosi akibat hamil. 
  • Suami harus banyak membantu isteri melakukan kerja rumah atau kerja yang perlu dibuat agar meringankan bebanan yang dihadapinya. Ketika hamil badan isteri perlu bekerja keras untuk menampung kehadiran janin dan tidak mampu membuat kerja yang biasa dilakukannya 

Sumber: Facebook

Adab Mandikan Bayi Baru Lahir

 
 
 
Bayi baru lahir adalah khalifah Allah yang baru menjengah dunia selepas sembilan bulan tinggal di alam rahim. Justeru ibu bapa yang beragama Islam mestilah menyambut kelahirannya mengikut cara yang dianjurkan oleh Islam.
 
Antara yang mungkin kita semua tidak beri perhatian adalah tatacara memandikan bayi baru lahir iaitu dari usia sehari hingga 40 hari. Dalam tempoh ini, kaedah mandian memainkan peranan penting dalam membentuk aliran darah dan pembentukan tulang yang baik.
 
  1. Seeloknya mandikan bayi pada waktu dhuha, kerana pada waktu tersebut fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. Gunakan air yang suam.
     
  2. Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan, kemudian baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian punggungnya.
     
  3. Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa memandikan bayi. Ini akan membuatkan pengaliran darah bayi lancar dan baik. Siraman disertakan dengan sapuan sabun yang sesuai untuk bayi.
     
  4. Seterusnya siram dari belakang hingga ke kepala. Siraman di kepala dilakukan secara perlahan, supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga. Semasa menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi, tangan digunakan untuk menggosok dahi. 
     
  5. Sebaiknya tugas memandikan bayi dilakukan oleh bapa. Sambil memandikan, hati berzikir Ya Latif, Ya Hadi.
     
  6. Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ia boleh melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnya mudah selesema atau jangkitan kuman.
     
  7. Siraman yang terakhir, dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah. Tidak digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi usia ini, kerana bimbang air dan sabun menyebabkan bahagian pusatnya lembap dan seterusnya melambatkan proses ‘gugur’ tali pusat.
     
  8. Selepas selesai mandi, lapkan seluruh badan bayi dengan tuala yang bersih. Cara mengelap dimulakan dari kepala kerana kelewatan mengelap bahagian kepala boleh menyebabkan kepala dan ubun-ubun bayi basah serta membawa masalah paru-paru lemah.

Saturday 18 January 2014

RAWATAN SELEPAS BERSALIN DAN PENJAGAAN DALAM PANTANG

 MALAY CONFINEMENT KAK INA  menyediakan perkhidmatan Rawatan Bersalin dan Penjagaan Ibu dan Bayi ketika pantang yang akan dilakukan oleh KAK INA yang terlatih, berkepakaran dan berkemahiran mengurut turun temurun.
KAK INA bukan sahaja menjaga ibu bersalin & bayi , turut juga menjalankan rawatan seperti Urut Bersalin, Tungku, membantu mengikatkan Kain Bengkung, memakaikan tapel, param dan pilis, menyediakan Mandian Herba ibu Bersalin, Berlulur serta menyediakan Masakan Pantang dan Minuman Herba bagi ibu bersalin tidak jauh bezanya dari Bidan kampung tradisional dahulu.
Rawatan lain yang akan dijalankan bergantung pada tahap kesihatan dan pemulihan ibu bersalin iaitu Tangas Basah atau Tangas Kering, Urutan Bengkak Susu, Tuam dll.
KAK INA juga akan memandikan dan Urut Bayi. Bayi akan di tuam bagi mengelak dari kembung perut, mendapat kolik, angin pasang dan juga untuk meredakan bengkak akibat suntikan. Bayi yang mendapat sakit kuning akan dimandikan dengan herba dan di jemur di mentari pagi.
KAK INA sentiasa memberi perhatian terhadap keluhan ibu bersalin yang mempunyai masalah perubahan pada badannya. Lazimnya, ibu bersalin berasa sedih kerana perut masih besar selepas melahirkan, kulit perut yang kendur dan menggelebeh, mengalami bengkak susu atau tiada air susu, infeksi keputihan dan kegatalan, buasir, sembap kaki, urat timbul, lelehan pada faraj, kemasukkan angin dan bermacam-macam masalah lain. Tidak lari juga ada ibu bersalin yang mendapat bentan urat pada waktu tengah malam, ada juga yang mengalami meroyan, sering menangis atau menjerit dan tidak mampu menjaga bayinya.
Tanggungjawab atau tugas seorang Penjaga Pantang Ibu Bersalin bukan sekadar mengurut malah merawat masalah lain seperti yang di sebut di atas dan juga melayan perasaan emosi ibu bersalin. Boleh dikatakan KAK INA memainkan peranan seorang ibu.
Sekiranya penjagaan ketika pantang diabaikan, kesannya mungkin tidak berlaku dengan serta merta tetapi pada hakikatnya ia akan berlaku pada kelahiran yang seterusnya atau pada usia yang mula meningkat. Waktu itu mulalah badan terasa lenguh, sakit urat, sendi, pinggang dan kebas kaki tangan.
Justeru, dengan bantuan KAK INA, dapat mengurangkan beban Ibu Bersalin. Malah, Ibu Bersalin akan dapat berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman berpantang yang akan memudahkannya di masa akan datang.

 PAKEJ FLEXI (9 pagi- 1 petang)

Penjagaan Ibu dan Anak

3 HARI……………….RM 600.00
5 HARI……………….RM 1,000.00
7 HARI……………….RM 1,400.00
14 HARI……………...RM2,800.00
21 HARI……………...RM4,200.00
28 HARI……………...RM5,600.00 

Perkhidmatan yang di sediakan:

Rawatan untuk Ibu

Mandian Herba
Tungku
Urut
Tangas Basah ( pakej14 hari keatas)
Tangas Kering (pakej 14 hari keatas)
Scrub(lulur badan)
Barut,Param dan Pilis
Masakan makanan pantang
Menyediakan minuman Herba



Rawatan untuk bayi

Mandi Bayi
Urut bayi
Scrub
Tuam dan Penjagaan Pusat
Teknik Penyusuan yang betul


* Bahan-bahan rawatan berpantang seperti Minyak Urutan,  Herba-herba, param, pilis, alat bertungku, alat bertangas  akan di bawa oleh kak ina dan telah termasuk dalam harga pakej diatas.  



PAKEJ PREMIUM (9pagi - 11.30tghari )

Penjagaan Ibu sahaja

3 HARI.......................RM450.00
5 HARI.......................RM750

7 HARI.......................RM1050.00

14 HARI.....................RM2100.00

21 HARI.....................RM3150.00




Pakej ni hanya untuk ibu sahaja, perkhidmatan yang di sediakan;

*Mandian herba(serum)
*Bertungku seluruh badan
*Urutan perbidanan
*Berbarut
*Param dan pilis
*rempah masakan dalam pantang


* Bahan-bahan rawatan berpantang seperti Minyak Urutan,  Herba-herba, param, pilis, alat bertungku, alat bertangas  akan di bawa oleh kak ina dan telah termasuk dalam harga pakej diatas


*Bahan masakan seperti ikan,sayur serta rempah ratus masakan disediakan oleh tuan rumah. 

PAKEJ RAWATAN PENUTUP PANTANG:

3 hari Rm 750.00

Rawatan yang di sediakan:
Lulur Badan
Mandi Aura ( mandi bunga,mandi herba dan mandi limau)
Urutan Teraputik
Sengkak(naikan peranakan)
Asak
Tangas basah,tangas kering,tangas berasap
Pelepas
Rawatan disempurnakan oleh Kak Ina yang sangat berpengalaman. Kak Ina akan menyediakan semua bahan rawatan dan herba2.
Pelangan hanya di minta menyediakan kain batik.

Kak Ina akan datang sendiri ke rumah pelangan

Nota penting:
Rawatan penutup berpantang penting bagi ibu untuk menyucikan diri daripada darah kotor,  dan membersihkan diri zahir dan batin. Urutan therapeutic bertujuan untuk memulih dan menyegarkan tubuh ibu agar ibu bersedia dan yakin memulakan hubungan kelamin setelah lama berpantang. Mandian bunga khas untuk ibu mengembalikan aura seri muka dan menaikkan seri wajah  bagi menyerlahkan keyakinan ibu


NOTA PENTING:
Perhatian kak ina bukanlah pembantu rumah. Kak ina hanya akan menjalankan tugas menjaga ibu berpantang dan bayi, memastikan ibu dan bayi dalam keadaan selesa serta melakukan tugas sebagai pengamal perbidanan untuk memulih ibu.


· Bahan untuk masakan ibu berpantang  (cth: ikan, daging,rempah ratus masakan)  akan disediakan lebih awal oleh tuan rumah.

    
·  Harga di atas tertakluk di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Jika diluar kawasan, kos pengangkutan akan ditanggung oleh pelanggan .
·                      


 HUBUNGI K.INA:
   
     0196665216
 Email: inaurut68@gmail.com
Facebook:Bariah Hamid
Instagram:BARIAH _HAMID

sebarang pertanyaan yang lebih lanjut  sila hubungi  k.ina.