Amalan Semasa berpantang.
Mengikut tradisi masyarakat melayu
tempoh berpantang memakan masa 44 hari dan ada juga yang sampai 100 hari, dalam
masa berpantang banyak perkara perlu dilakukan untuk pemulihan
sistem tubuh badan dan sistem pemprosesan organ peranakan antaranya :
* Minuman herba
* Mandian tradisional akar
kayu( serum)
* Bertangas/bertungku
* Urutan lepas bersalin
* Berbekung.
* Pilis
* Param
1 Kebaikan Mandian Herba
* Dapat mengembalikan kesegaran
tubuh dan urat saraf
* Mengurangkan berat badan
* Membuang toksin
* Mengecutkan peranakan
* Mewangikan tubuh dari hanyir.
Kebaikan Bertungku
* Memecahkan lemak
* Melancarkan peredaran darah
* Mengelak suhu badan dari turun
* Menghalang pembentukan angin dalam tubuh
Kebaikan Urutan Selepas Bersalin.
* melancarkan perjalanan darah
* mengeluarkan darah (lokia)yang
terperangkap dan tertakung;
* menaikkan rahim
* membetulkan urat tegang, terputus
atau yang terkeluar dari tempatnya;
* memecahkan lemak;
* mengetat dan membentuk tubuh;
* mempercepatkan proses pemulihan
keseluruhan selepas kerja keras melahirkan anak.
* urutan selepas bersalin juga
mampu memulihkan payudara disamping melancarkan susu ibu.
Kebaikan Berbekung
* Mengekalkan bentuk badan
* Mengelak dari perut menjadi buncit
* Mengekalkan suhu badan
* Mencantikan kulit perut yang telah kelihatan
kendur akibat dari hamil
Kebaikan Pilis dan
Pilis ialah campuran herba yang diproses dan disapukan didahi
* Mengelak dari mengalami terasa
pening akibat dari kehilangan darah ketika bersalin.
* Mengelak berlakunya rabun
* Dipercayai dapat menghindar dari
meroyan.
* Dapat menenangkan emosi yang bercelaru kesan
dari kelahiran
No comments:
Post a Comment