Sunday, 30 June 2013



MAKANAN TERBAIK IBU DI DALAM PANTANG


Jenis Ikan

Ibu dalam pantangDilarang memakan ikan masin atau ikan kering kerana makanan tersebut hanya akan menyebabkan darah nifas berbau busuk, cepat kering serta melemahkan daya ketahanan fizikal dan mental. Ilmu perbidanan Melayu menggalakkan memakan ikan yang segar, mengelakkan ikan yang berbisa seperti bawal hitam, terubuk, duri, pari, sembilang serta parang kerana takut menyebabkan bisa atau bentan pada pintu rahim.

Selain ikan berbisa, jenis ikan yang dilarang yang menyebabkan kegatalan kulit serta menimbulkan reaksi alahan ialah ikan kembung, tamban, cencaru, atau tongkol dan makanan laut seperti udang, sotong, kerang dan lain-lain.

Mengikut petua Melayu, ikan yang disyorkan dalam pantang bersalin ialah haruan dan yu. Ia dipercayai boleh memulihkan luka-luka dalaman dan luaran. Ikan haruan yang hidup di dalam lumpur mengandungi khasiat mineral yang tinggi bagi menyembuhkan luka. Secara tradisi, ikan yu dipercayai dapat membanyakkan susu ibu dan beberapa kajian saintifik turut mendapati perkara tersebut benar.

Ulam-ulaman

Terdapat pelbagai jenis ulam tempatan yang mudah diperoleh di mana-mana, antaranya serai, lengkuas, daun atau ubi cekur, bunga kantan, kunyit hidup, daun kesum serta halia. Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan.

Selain ulam di atas, terdapat ulam berkhasiat yang sesuai dimakan oleh ibu dalam pantang, antaranya: Daun pegaga, pucuk mengkudu, ulam raja, daun lemuni hitam, daun kaduk, daun sekentut, daun cemumar, daun pudina, daun kari, daun bebuas dan daun ruku.



Jenis sayuran dan buahan

Ibu bersalin dilarang memakan sayur-sayuran menjalar, sejuk serta berangin. Antaranya ialah kangkung, timun, sayur keladi, pucuk ubi, pucuk paku, bayam, sayur atau daun keti (bunga putih), kacang panjang, petola, labu, rebung, kacang botor, jeruk maman, petai, jering serta terung. Ibu bersalin juga harus mengelakkan minuman bergas, sejuk serta tajam seperti air tebu, cincau, kelapa muda serta buah-buahan seperti nenas, jambu, belimbing, durian belanda, mangga, betik, ciku, langsat, tembikai cina, nangka, cempedak, pisang masak hijau, pisang nangka, pisang embun, pisang udang, ubi kayu, ubi keladi, sengkuang, manggis, macang, kuinin, dan binjai. 

Makanan tersebut dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi. Penyakit-penyakit tersebut diketahui telah banyak berleluasa di barat dan dikenali sebagai artritis dan rheumatisme.

Jenis ayam dan burung

Ibu bersalin disyorkan memakan ayam hitam, ayam didik atau ayam selasih yang digaul dengan halia tua, garam kasar dan madu lebah. Ayam ini dikukus dan diambil patinya untuk mengembalikan ketahanan tubuh. Burung puyuh dan merpati juga baik untuk melancarkan aliran darah dan mengatasi masalah sukar tidur pada waktu malam.


Penjagaan Selepas Bersalin

Penjagaan selepas bersalin atau semasa berpantang adalah sama pentingnya ketika hamil. Tubuh si ibu memerlukan pemulihan dari segi emosi dan jasmani. Amalan tradisi adalah perlu, demi menjaga kesihatan ibu dan anak.
Amalan dan penjagaan selepas bersalin amat penting untuk mempercepatkan pemulihan si ibu. Penjagaan yang sempurna dan teratur dapat memulihkan si ibu dan anak menjadi sihat dari segi emosi , fizikal dan rohani. Untuk wanita pemulihan kejelitaaannya khusus dari segi paras, rupa dan bentuk badan serta pemulihan organ sex perlu diamalkan supaya kekal sihat dan kekal bahagia bersama suami tersayang.

Ketika hamil sehingga melahirkan anak, berlaku perubahan fizikal dan emosi. Antara perubahan yang sangat ketara ialah berat badan yang semakin meningkat. Di samping itu perubahan fisiologi juga kerap berlaku seperti kandungan cecair darah meningkat, denyutan jantung yang kuat dan lebih kerap, tekanan darah dan pernafasan yang meningkat lebih dari biasa, kulit yang menjadi renggang dan retak, timbul urat pada kaki serta perubahan mungkin berlaku di peringkat biokimia sel atau tisu badan.

Ketika bayi dilahirkan pula, wanita mengalami suatu perubahan agak serius yang boleh dianggap sebagai kecederaan. Ini disebabkan oleh proses kelahiran bayi yang perlu melalui saluran kemaluan yang sempit. Ini menyebabkan saluran ini renggang dan kadangkala cedera, walaupun begitu keadaan ini dianggap normal.

Kehamilan dan kelahiran juga akan mengganggu hubungan kelamin. Perubahan fizikal isteri mungkin menyulitkan perhubungan ataupun mengurangkan kelesaan. Selepas lahir pula, perhubungan kelamin tidak digalakkan untuk sementara waktu.

Waktu puerperium atau waktu pantang yang biasanya selama 42 hari dianggap sebagai waktu pemulihan dariapada semua gejala kecederaan, tekanan jiwa dan mental serta pemulihan fungsi kewanitaan. Pada ketika ini juga rahim pula kuncup dan mencerut kepada saiz yang kecil seperti keadaan sediakala. Proses ini digelar involution. Proses pemulihan boleh dipercepatkan dengan beberapa cara yang diamalkan oleh wanita sendiri dan kadangkala ini boleh dipendekkan sehingga jangka waktu empat minggu, manakala sesetengahnya pula mengambil masa yang lebih lama sedikit iaitu lapan minggu. Secara puratanya, jangka waktu enam minggu adalah mencukupi.


Beberapa study menyebutkan bahwa pijatan di kaki dapat bikin badan jadi lebih enjoy serta otot-otot pada tubuh pun tidak akan mengalami kram.Dilansir dari laman stylecraze. com, terdapat banyak manfaat sehat saat seseorang lakukan pijat kaki setiap malam saat sebelum tidur. Dan berikut adalah beberapa manfaat tersebut .
Meningkatkan Aliran Darah
perlu di ketahui, pijat kaki secara teratur dapat membuat aliran darah dalam tubuh semakin baik dan optimal. Selain meningkatkan aliran darah, pijat kaki juga akan membuat kulit menjadi lebih sehat. Lebih jauh, pijat kaki akan membantu kurangi penumpukan lemak jahat di kaki. Untuk penderita diabetes, melakukan pijat kaki setidaknya 20 menit sebelum tidur dapat membantu proses pengobatan.
Mengatasi Masalah Migrain
Anda punya permasalahan dengan migrain atau sakit kepala lainnya? Bila iya, untuk mengatasinya coba untuk melakukan pijat kaki saat sebelum tidur. Riset menyebutkan bahwa melakukan pijat kaki serta menekan bagian tertentu pada kaki bisa mengobati berbagai penyakit termasuk penyakit migrain.

 Menurunkan Tekanan Darah
Satu lagi manfaat luar biasa melakukan pijat kaki saat sebelum tidur adalah menurunkan tekanan darah. Tidak cuma menurunkan tekanan darah, pijatan yang nyaman di kaki akan membantu pikiran lebih fresh, santai dan tenang. Beberapa study menyebutkan bahwa melakukan pijat kaki setidaknya 10 menit setiap hari saat sebelum tidur akan bantu tubuh melepaskan hormon pemicu kecemasan serta masalah lain termasuk darah tinggi.

Memperbaiki Hubungan Intim Bersama Pasangan
Melakukan pijat kaki yang diimbangi dengan memijat minyak therapy serta mendengarkan musik dapat membantu pikiran lebih tenang dan bahagia. Saat pikiran menjadi lebih tenang serta bahagia, bisa di pastikan hal ini akan memperbaiki hubungan intim Anda bersama pasangan. Pijatan yang tepat di kaki dipercaya akan meningkatkan ga*rah berc!nta seseorang.

Menurunkan Resiko Menopause
Pijat kaki rupanya juga sangat berguna untuk para wanita. Study mengatakan bahwa pijat kaki dapat membantu para wanita menurunkan resiko Menopause. Selain menurunkan resiko Menopause, pijat kaki juga efektif mengatasi bengkak pada kaki serta pergelangan kaki saat seorang wanita tengah hamil.
Itulah beberapa faedah mengagumkan dari pijat kaki untuk kesehatan. Dengan segudang faedahnya, usahakan untuk melakukan pijat kaki saat sebelum Anda tidur ya. Mudah-mudahan info ini bermanfaat dan kita juga selalu diberikan kesehatan maksimal dan dijauhkan dari semua jenis bentuk penyakit.


Tuesday, 23 April 2013


Kerabu Pegaga

Bahan-bahannya :

Pegaga secukupnya (dipotong ikut kesukaan anda)

1 ulas bawang putih

1 sudu teh lada hitam

i inci halia muda

2 biji bawang merah

50 gram ikan bilis (kalau nak gantikan dengan ikan masin pun boleh juga - tapi ikan masin hendaklah dibakar dulu kemudian dibuang tulangnya)

1 inci kunyit hidup

Cara-cara:

Tumbuk bawang putih, bawang merah, halia, kunyit, lada hitam sehingga lumat
.
Goreng kesemua bahan di atas bersama ikan bilis tanpa minyak. Biarkan sehingga sedikit kering dan angkat.

Kemudian gaulkan bahan-bahahn yg digoreng tanpa minyak tersebut dengan pegaga yang telah dipotong.

Siap… boleh makan bersama dengan nasi yang masih panas




Sup Ikan Haruan

Bahan-bahannya:

1 ekor ikan haruan

2 cawan air

2 sudu makan minyak jagung atau minyak zaitun

ketumbar,jintan manis,jintan putih (jadikan bunjut)

1 sudu makan lada hitam - di tumbuk

3 ulas bawang merah - di tumbuk

2 ulas bawang putih - di tumbuk

2 cm halia - di tumbuk

1 keping asam keping

Garam secukup rasa

Daun bawang dan daun sup di hiris

Cara-cara:

Ikan di potong dan di bersihkan dengan asam jawa untuk menghilangkan bau hanyir.

Masukan ikan serta bahan-bahan tumbuk,asam keeping dan garam secukupnya

Biarkan sehingga masak dan masukan daun bawang serta daun sup.

Hidang bersama nasi panas.



Ikan Panggang Halia Muda 

Bahan A (diperap)

2 potong ikan tenggiri
 
Sedikit garam

Sedikit kunyit
 

Sedikit serbuk ketumbar

Sedikit serbuk jintan manis

Sedikit serbuk lada hitam

sedikit serbuk majakani

Bahan B (dihiris)

3 cm halia muda
 
1 cm lengkuas

2 btg serai

4 ulas bawang merah
 
3 ulas bawang putih
 
Sedikit minyak
 

Cara-cara

Lumurkan pada ikan tersebut bahan A dan perapkan selama 30 minit.

Bungkuskan ikan tersebut dengan kertas foil dan bakar selama 45 minit
.
Goreng bahan B dengan sedikit minyak sehingga berbau dan taburkan di atas ikan tersebut.

Hidang bersama nasi panas



Sawi tumis air 

Bahan:

Sedikit ikan bilis
 

3 ulas bawang putih
 
2 ulas bawang merah

Sedikit serbuk lada hitam
 
1 pokok sawi – dicuci dan potong
 


Cara-cara;


Tumbukkan ikan bilis, bawang putih dan bawang merah
Tumiskan bahan tumbuk sehinga berbau wangi dan masukkan air.

 Apabila mendidih masukkan sawi dan serbuk lada hitam.biarkan sehingga masak

Hidang bersama nasi putih






MAKANAN YANG BOLEH DIMAKAN DAN TIDAK BOLEH DI MAKAN SEMASA BERPANTANG


Pemakanan ialah aspek yang amat penting dalam rawatan pantang bersalin. Ini kerana proses kehamilan telah mengganggu keseimbangan hormon ibu. Mereka mengalami pelbagai bentuk tekanan dan gangguan emosi akibat perubahan fizikal. Apalagi semasa melahirkan anak memerlukan tenaga yang kuat, urat saraf banyak yang tegang dan terjadi luka di bahagian tertentu.

Mengikut sesetengah petua Melayu, ibu-ibu dalam pantang disyorkan makan nasi berlaukkan ikan masin atau ikan panggang berkunyit dan meminum air mengikut sukatan jari (dua ruas jari untuk sekali minum).Diet seumpama ini tidak sesuai untuk ibu-ibu moden masa kini. Akibat diet cara ini (kurang berzat dan kurang air)maka ibu-ibu terdedah kepada kekurangan air susu dan tidak bermaya serta risiko penyakit buah pinggang dan tekanan darah rendah.

Oleh sebab itulah perubatan moden mengalak kan  amalan berpantang cara Melayu mengikut zaman terkini.maka di sediakan jadual pemakanan amalan berpantang bagi ibu-ibu masa kini.


Jadual Makanan Yang Boleh Dimakan dan Tidak Boleh Dimakan Semasa Pantang

BOLEH
TIDAK BOLEH

AYAM & DAGING


                      Burung puyuh
                     Burung merpati
                      ayam hitam
                       ayam didik
                       ayam selasih
                       ayam kampung
                      daging kambing
(diet ini memanaskan badan dan melancarkan perjalanan darah)

                    Ayam biasa (dimakan selepas 14 hari pantang)

IKAN

Penting;

(ikan adalah diet yang amat penting untuk ibu-ibu selepas bersalin)




                       Ikan haruan
                       Ikan yu
                       Ikan gelama
                       Ikan jenahak
                       Ikan merah
                       Ikan tenggiri
                       Ikan kurau
                       Ikan bawal putih
                       Ikan senangin
                       Ikan bilis
(ikan haruan penyembuh luka dan ikan yu banyakan air susu)
                     Ikan kering
                       Ikan masin
                       Ikan keli
                       Ikan bawal hitam
                       Ikan terubuk
                       Ikan duri
                       Ikan pari
                       Ikan sembilang
                       Ikan parang 
                      ikan kembung
                       Ikan tamban
                       Ikan cencaru
                       Ikan tongkol
                       makanan laut
                            udang
                             sotong
                              kerang
(ikan berbisa boleh disebabkan turundarah atau bentan)

ULAM ULAMAN

Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan.

Jantung pisang membanyakkan susu ibu


Ulam kunyit mengembalikan kecergasan badan dan
menyembuhkan luka dalaman
                       halia
                       Serai
                       Lengkuas
                       pucukpegaga
                       pucuk mengkudu
                       pucuk ulam raja
                       lempuyang
                       jantung pisang rebus
                      bunga kantan
                       kunyit hidup                       
                       daun kaduk
                       daun sekentut
                       daun kesum
                       daun cemumar
                       daun pudina
                       daun kari
                       daun bebuas
                       daun ruku
            daun turi
(terdapat banyak ulam-ulaman yang boleh di makan)


SAYUR-SAYURAN 

Penting:
Mengambil sayur-sayuran  menjalar, sejuk serta berangin boleh menyebabkan bengkak peranankan serta tegang urat saraf dan kembung perut.


                      Ubi kentang
                       Peria
                       Sawi
                       Lobak merah
                       Lobak putih
                       Brokoli
                       Tomato
(lobak putih banyak kan air susu)

(peria dan sawi untuk pencernaan)

                       Ubi kayu
                       Kangkung
                       Petola
                       Terung
                       Cili
                       Timun
                       Kubis
                       Seledri
                       Terung
                       Timun
                       sayur keladi
                       pucuk ubi
                       pucuk paku
                       bayam
                       sayur atau daun keti (bunga putih)
                       kacang panjang
                       kacang botol
                       labu
                       rebung
                       jeruk maman
                       petai
                       jering

BUAH-BUAHAN

Penting:
Buahan tersebut dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi.

                       Kurma
                       Oren
                       Epal merah
                       Strawberi
                       Peach
                       Prune
                       Kismis
                       Longan cina
                       Pisang kaki
                      Limau oren
                       jambu
                       Nenas
                       Limau nipis
                       buah lai
                       tembikai susu
                       tembikai merah
                       tembikai cina
                       epal hijau
                       kiwi
                       buah pear
                       pisang
                       jambu air
                       belimbing
                       durian belanda
                       mangga
                       betik
                       ciku
                       langsat
                       nangka
                       cempedak
                       pisang masak hijau
                       pisang nangka
                      pisang embun
                      pisang udang
                       ubi kayu
                      ubi keladi
                       sengkuang
                       manggis
                       macang
                       kuinin
                       binjai


LAIN-LAIN MAKANAN

(Asam jawa membantu mengecutkan perut serta peranakan selain dari
menyegarkan tubuh badan)
                       Biskut
                       Roti
                       Nestum
                       Quaker Oat
                       Cornflakes
                       Masakan panggang
                       Masakan rebus
                       Masakan kukus
                       Masakan bakar
                       Masakan salai
                       Asam jawa
                      Asam keeping
                       Bihun
                       tempe

                       Burger
                       Nugget
                       Sosej
                       Mee
                       Kuey teow
                       Laksa
                       Telur
                       Semua jenis ubi
                       Semua jenis makanan laut
                       (Masakan berminyak boleh tetapi sedikit/jarang-jarang)

AIR

Penting:


Air kunyit mengecutkan rahim dan mencuci darah.

Air rebusan pegaga ini memlancarkan darah.

Manjakani berfungsi untuk menyembuh luka dan mengetatkan pangkal rahim.

Air jus halia kurma boleh membuang angin dalam badan dan menambah tenaga.

Air herba memanaskan badan.
                       air suam
                      air pati kunyit
                       jus pegaga
                       air halia
                       air kopi
                       air manjakani 
                       jus halia kurma
                       air madu
                       air milo
                       air horlicks
                       air ais
                       air sejuk
                       air bergas
                      air tebu
                       air cincau
                       air kelapa muda
·                     air jus buah-buahan yang dilarang

(ibu-ibu dilarang meminum minuman sejuk dan jus buah-buahan tajam)